UTUSAN ALLAH KEPADA JIN


Sebagaimana kita sedia maklum bangsa jin adalah dipertanggungjawabkan dengan hukum (mukallaf) dan mereka wajib mentaatinya. Tidak dapat tidak, mestilah ada seorang Rasul diutuskan untuk menyampaikan dakwah kepada mereka. Persoalannya ialah sama ada Rasul itu daripda bangsa mereka sendiri iaitu jin atau daripada bangsa manusia.
Para ulama berpendapat wujud dua golongan iaitu :

i. Rasul – untuk mereka adalah dari bangsa mereka sendiri. Pendapat ini disokong oleh At-Tabari sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ad-Dhahhak bin Mazahim katanya : “Sesungguhnya Rasul-Rasul kaum jin adalah daripada keluarga mereka sendiri".

Ibn Hazm Az-Zahiri juga berpendapat sebagaimana At-Tabari berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud : “Adalah nabi itu diutuskan kepada kaumnya sendiri".

Disebabkan jin bukanlah daripada bangsa manusia, maka kesimpulannya diutuskan nabi atau rasul di kalangan mereka.

ii. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa rasul di kalangan jin itu terdiri daripada manusia dan tidak ada rasul daripada golongan mereka. Mereka mendengar dakwah daripada para rasul dari bangsa manusia kemudian mereka kembali ke tempat masing-masing dan menyampaikan pula kepada kaum mereka sendiri.

Fiman Allah SWT di dalam Surah Al-Ahqaf :

وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآَنَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوا أَنْصِتُوا فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَى قَوْمِهِمْ مُنْذِرِينَ * قَالُوا يَا قَوْمَنَا إِنَّا سَمِعْنَا كِتَابًا أُنْزِلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَى مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى طَرِيقٍ مُسْتَقِيمٍ

29. dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (Wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada Yang lain): "Diamlah kamu Dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.

30. mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya Kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, Yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab suci Yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan Yang lurus (ugama Islam).


Kesimpulannya, Ijma’ Ulama (bersepakat ulama) mengatakan bahawa rasul kita iaitu Nabi Muhammad SAWQ diutuskan kepada Ath-Thaqalain iaitu bangsa manusia dan bangsa jin.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Ahqaf :

وَمَن لّا يُجِبْ دَاعِيَ اللَّهِ فَلَيْسَ بِمُعْجِزٍ فِي الأَرْضِ وَلَيْسَ لَهُ مِن دُونِهِ أَوْلِيَاء أُوْلَئِكَ فِي ضَلالٍ مُّبِينٍ

32. "Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul Yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapapun - Yang lain dari Allah - sebagai pelindung-pelindung Yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata".

RINTIHAN IBLIS

Rintihan Iblis laknatullah meliputi empat aspek iaitu :
i. Ketika dilaknat.
ii. Ketika turun ke bumi.
iii. Ketika Rasulullah dilahirkan.
iv. Ketika Al-Fatihah diturunkan.

Ibn Abid Dunya meriwayatkan daripada Said bin Jubair, katanya: "Tatkala Allah melaknat Iblis, suaranya berubah daripada suara Malaikat. Maka mereka (iblis) terperanjat maka mulalah ia merintih sehinggalah hari qiamat".

Said berkata: "Manakala Iblis melihat Nabi berdiri sembahyang di Mekah, Iblis merintih lagi, manakala Nabi SAW merasmikan pembukaan kota Mekah Iblis merintih lagi dan berkata:-lagu atau syair-sy “Kamu tak akan dapat mengembalikan umat Muhammad keepada Syirik , tetapi fitnahkanlah pada agama mereka, dan sebarkan lagu syair.”

wallahualam..

No comments:

Post a Comment