Beli Kereta Pertama

…Kali ni nak kongsi sikit pengalaman berurusan untuk beli kereta buat pertama kalinya dalam hidup aku..setelah bertahun-tahun menghabiskan masa menuntut ilmu bermula dari sekolah sehinggalah ke peringkat universiti, dah sampai masanya aku membina kehidupan sebagai seorang yang bekerjaya pula. Puihh.. :)

Entri kali ni khas untuk para graduan lepasan universiti yang ingin membeli kereta pertama. Aku cadangkan sebelum nak beli apa-apa kereta,seelok-eloknya singgah dulu showroom berdekatan tanya segala persoalan tentang kereta yang hendak di beli tu. Kalau boleh test drive lagi baik. Macam aku.. aku akan google dulu tengok review untuk dapatkan sedikit info berkenaan kereta yang hendak dibeli..contoh review boleh tengok kata sini Review Myvi 1.3 SE


Bila dah buat keputusan nak beli model yang mana..mula lah proses mencari Sales Advisor (SA) wakil jualan samada perodua atau proton dan lain-lain. Korang boleh bertanya dengan ahli keluarga ataupun rakan-rakan dengan siapa mereka membeli kereta dan apa yang mereka dapat. Korang kena bijak pastikan korang memilih SA yang tawarkan pelbagai barangan percuma. 



Bagi aku, kalau setakat anti slip mat,kotak tisu or pewangi kereta aku tak heran..yang menjadi pilihan aku adalah part bodykit or rebat yang berbaloi. SA yang bagus sentiasa menjawab pertanyaan kita tanpa rasa fed up. Tapi kita kena faham la jugak bukan kita seorang pelanggannya… 

ok entri seterusnya aku akan cerita pengalaman aku dalam proses pinjaman kereta mengunakan skim graduan.

Review Blog Peserta Pencarian 50 Bloglist Coffeelover


Sesi review blog ke blog sedang dijalankan.
Criteria yang amat penting Blog Coffeelover tersenarai di bloglist anda hehe.
Jika CL tidak tersenarai di bloglist anda. Maaf anda tersingkir cuba lagi Kilauan Emas musim seterusnya. 

zass~

CL akan tinggalkan jejak untuk round yang pertama.
Round kedua CL akan singgah kembali dan tinggalkan jejak kepada blog yang berjaya menjadi bloglist CL :D

3....2....1...GO!

PENCARIAN 50 BLOGLIST COFFEELOVER


Assalamualaikum ..

CL sedang mencari rakan-rakan blogger untuk menjadi bloglist di dalam blog Coffeelover ini. Peluang terbuka kepada semua sama ada blogger otai masih berbisa ataupun yang baru. Pemilihan akan dibuat secara random.

Syaratnya Follow blog CL .. Wajib! nanti CL follow balik :D
Letak juga Blog CL sebagai bloglist anda.
Ok macam biasa buat entri bertajuk PENCARIAN 50 BLOGLIST COFFEELOVER.

Kemudian tampal banner dan linkkan ke entri ini. Siap semua letak link entri anda di ruangan comment di bawah yerr.. Mudah je kan?  
Segmen ini akan tamat pada 6 July 2014.


Selamat Berhujung Minggu.

Perjalanan ke Bali | Tempat-tempat menarik di Bali

Keindahan Bali tidak hanya terletak pada bentuk muka bumi dan alam semula jadinya, tetapi kaya dengan seni dan budaya yang sehingga kini dipertahankan meski menempuh arus pemodenan.
Benarlah kata orang, jauh berjalan luas pandangan. Sejujurnya pengembaraan ke kota penuh adat dan tradisi, Bali membawa pengertian baru tentang hidup. Ya, hidup ini begitu indah dan wajar dinikmati sepenuhnya.



Penerbangan ke Bali mengambil masa hampir 2 jam 55 minit secara puratanya. Jarak antara KLIA2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai sejauh 1,987 km, Di lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai itu pula baru sahaja siap diubahsuai pada awal tahun 2014 dan tampak lebih moden tapi masih mengekalkan ciri-ciri khas bermotifkan unsur budaya Bali.


Terdapat 4 syarikat penerbangan yang membuat penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Denpasar,Bali ; MAS AIRLINE – 4X SEHARI, AIR ASIA, MALINDO AIR dan GARUDA AIR untuk makluman terdapat 75 penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke Denpasar,Bali.

Antara tempat- tempat menarik di Bali






Jika anda ada lagi tempat menarik atau tips selain ini boleh juga dikongsikan bersama . .

Segmen Blogwalking & Bloglist by Aniesa Ahmad

klik banner untuk join

Segmen ini akan berlangsung selama 2 minggu dan tamat pada 20 Jun 2014. Semua peserta akan dimasukkan di dalam senarai bloglist selama dua bulan. Sekiranya penyertaan memberangsangkan, insyaallah akan ada hadiah untuk yang bertuah. 


Jangan lupa ajak kawan-kawan join. Syarat dia mudah je kan ~~ 


Comment Coffeelover :

Blog menarik kemas dan teratur :D itu je yang boleh di komen .. :)



Review Myvi 1.3 SE | KERETA IDAMAN

Myvi keluaran perodua ini telah mencatat penjualan tertinggi setakat ini yang kedua Proton Saga dan Perodua Viva. Myvi mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi oleh kerana reka bentuknya yang sporty dan luas di bahagian dalam.



Jika diberi pilihan antara Myvi 1.3 SE dan Myvi 1.5 SE sudah tentu yang menjadi pilihan adalah Myvi 1.5 SE kerana mempunyai kuasa yang lebih mantap. Tiada perbezaan yang ketara daripada luaran, namun antara perbezaan dalamannya adalah stering , audio dan kusyen



Kepuasan memandu Myvi 1.5 SE yang dapat dirasai ketika membuat pecutan bersama dengan penumpang,berbanding dengan Myvi 1.3 SE.



Harga yang ditawarkan bagi Myv 1.3 SE (M) solid RM 44,936.45 sehingga RM 47,936.45 bagi Myvi 1.3 SE (A) solid. Bagi Myvi 1.5 SE (M) solid RM 53,040.50  sehingga RM 56,040.50 bagi  Myvi 1.5 SE (A) solid.Mempunyai 6 warna pilihan yang menarik.



Cristiano Ronaldo disantau? | Mungkin tidak beraksi pada Piala Dunia



Biar betik ? Pemain kegemaran ramai ni kena santau ..
Aku rasa dah tiba masa khidmat BOMOH 1Malaysia digunakan ..Haha
Kalau betul la apa yang terjadi ni.. kurang seri la Piala Dunia 2014 kali ni

Jom baca selanjutnya apa sebenarnya dah terjadi dengan bintang Portugal ini.

OH Pegawai JPJ

Segmen Lepas Geram!

Assalamualaikum ..



Ha nak lepas geram pun kena  bagi salam jugak tau! 
Lebih kurang jam 2.30 petang tadi aku ke JPJ cawangan Bandar Baru Bangi 
situ jela cawangan JPJ yang paling dekat dengan kawasan aku, nak dikatakan dekat pun tak ada la dekat sangattt...

Tujuan aku kesana nak settlekan kompaun yang aku kena pada minggu lepas,aku tak nak tangguh-tangguh nanti jumlah dia meningkat tiap-tiap minggu .. 
elok-elok kena RM40 ,tak pasal-pasal kena bayar RM100 (Maksimum).
Ewah~ masa  samun saman bukan main laju, masa nak inspection ni pulak buat hal yerrr ...



Bengang weh ..dah la tak ada no giliran, dekat 2jam aku duduk kat situ menunggu tiba-tiba boleh dia kata ..

''encik balik dulu saya tak sempat buat inspection kenderaan encik untuk hari ini''

sambil dia pulangkan surat kompaun aku balik. cissss! Ucap maaf pun tidak,
ini la bahana kalau tak pakai sistem nombor giliran, aku dah agak dah ..
aku pun balik tak cakap apa pun ..
Tapi esok pagi  kena pergi juga tu , nasib baik esok free ..huhu

Bila sepasang kekasih berbicara


HAHA.! pecah perut bila baca sepasang kekasih ni bersembang, yeke perkara macam ni terjadi?
rasa macam nak cepuk je pasangan yang berkira macam tu,ini kes cemburu ke hape ni? haha.

Aku memang ada seorang member,sebijik perangai die macam budak kat atas ni, kadang makwe die tu kesian je kita tengok. Yela bende bukan salah pun cuma hal kecik diperbesarkan,kadang tu boleh tak tegur seminggu aku cakap kau! kes cuma tak angkat phone bila dia call, alahai..jemm aku!

haa! siapa yang pernah hadapi kes macam ni cer citer sikit,haha.


Anda patut baca :



Segmen Happy Blogwalking Together-gether By Miss Fatn

Klik banner untuk join

Jom sertai marathon blog ke blog hehe 4x4 boleh  2x4 boleh nak 100meter pun boleh..haha

Giveaway [3]: 1st Anniversary Yana & Dean



1 Jun 2013 ~ 1 Jun 2014 
Dengan ini Yana Pink Blossom melancarkan Giveaway [3] : 1st Anniversary Yana & Dean. Giveaway ni dianjurkan sempena menyambut genap setahun usia perkahwinan Yana & Dean. 


[ Klik Banner Untuk Join ]


SENARAI HADIAH :-

5 buah Al-Quran + DVD (Tafsir + Tajwid) x 5 pemenang (Random.org)
Cash RM20 x 1 pemenang (Top Referral)
Cash RM20 x 1 pemenang (Ucapan Paling Kreatif & Menarik)


UCAPAN UNTUK YANA & DEAN :-




*Nota : Semoga bloggerista semua sudi support GA ni dan mendoakan yang terbaik buat kami Yana & Dean. Semoga dengan doa-doa daripada kalian, impian Yana & Dean akan tercapai. Insyaallah.

Coffeelover ikhlas mendoakan puan Yana dan Encik Dean dimurahkan rezeki memiliki zuriat yang menjadi penyambung keturunan yang baik-baik, sentiasa dilindungi Allah S.W.T dan mendapat keberkatan hidup sejahtera dunia dan akhirat inshaallah ..




Segmen Blogwalking Di Bulan Jun By Miss BaNu



Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Segmen, so harap korang semua sudi join segmen simple ni hehehe.

Syarat2
1) Harap Korang boleh Follow Blog ini ..
2) Buat entry dan letakkan tajuk Segmen Blogwalking Di Bulan Jun By Miss BaNu.
3) Like My Fanpage Facebook Jika Sudi.. 

4) Tinggalkan link entry korang di ruangan komen di bawah ini.
5) Segmen ini bermula pada 4 Jun dan berakhir pada 15 Jun 2014.

Sedap sangat ke Babi ni??

google

Isu coklat Cadbury yang ada DNA babi masih hangat diperkatakan, aku heran sungguh la, isu DNA babi ni bukannya benda baru ,dari dulu lagi ada saja produk yang terlepas daripada penguatkuasaan. Apa sedap sangat ke babi ni?? Sampai hampir kebanyakkan produk makanan di Malaysia ni semuanya nak diletaknya DNA babi. 

Pelik! memang pelik ini memang tak ada isu lain lagi,ini sah agenda yahudi. Kita sebagai orang islam dinegara ni memang banyak dah termakan DNA babi ni, boleh di katakana 80 peratus makanan dihasilkan oleh orang bukan islam.Aku sokong sepenuhnya untuk rakyat Malaysia saman syarikat Cadbury Malaysia! saman sampai bankrup! sebagai pengajaran buat syarikat-syarikat lain yang masih beroperasi mengeluarkan makanan dalam Malaysia. Mereka perlu diberi peringatan bahawa Malaysia ini negara ISLAM!

Ini aku nak share 1 produk, aku tengok ramai budak-budak terutamanya anak-anak kecil umur sekitar 4-7tahun gemar mencapai ketika ibu ayah berkunjung ke kedai-kedai dan supermarket.

goggle
Coklat ni tak ada tanda halal pun, yang malangnya ibubapa tidak memeriksa pun tanda halal ada tertera atau tidak, Aku harap rakyat Malaysia lebih peka dan mempunyai kesedaran yang kuat untuk memastikan setiap makanan yang dikunyah itu halal!


Giveaway Cash RM350 by Emas Putih

As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas PutihNasibah KhushairyKasih Lestari Abadi Nor Farihan AyobNannie Isa , dan yangbaik .

Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI


ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada yang join..  Segmen ini bermula sekarang dan akan berakhir pada Isnin, 02 Jun 2014 pukul 11:59 Malam sahaja.. LIMA atau mungkin SEPULUH atau mungkin lebih blog akan dipilih untuk direview.. Korang sure tahu apa keistimewaan blog di review kan.. Sama-sama membantu..

Selain daripada itu, seorang TOP REFERRAL akan untuk mendapat saguhati RM 10 atas usaha beliau promote, share dengan kawan-kawan serta join segmen ini.. Cara nak dapatkan TOP REFERRAL? Tentulah kena join segmen ini, lepas share link entri korang di Facebook ke, Twitter ke, group-group yang ada di Facebook ke kan..
Syarat : -
  1. Follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli.. 
  2. Buat tajuk entri Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI
  3. Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Beritahu pendapat anda tentang blog ERAZFADLI.COM dan apa istimewanya blog korang..
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..
Pendapat tentang blog ERAZFADLI.COM -
Bagi aku blog ERAZFADLI.COM adalah sebuah blog yang beri ketenangan bila membaca, gaya penulisannya yang menarik dan kerap post entri-entri yang menarik, tak dinafikan blog ERAZFADLI.COM adalah blog yang menjadi contoh semasa aku mula-mula bermain blog.huhu

Keistimewaan blog sendiri - 
Ok ini part aku,cerita keistimewaan saja bukan kekurangan.hehe walaupun banyak kekurangan pada mata-mata yang memandang huhu..tapi apa yang boleh diperkatan disini Blog Coffeelover sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa. Disebabkan itu aku nak sangat blog  ERAZFADLI.COM review blog Coffeelover ni
Boleh tak bro?? ..hehe

# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..

Kereta tak boleh start?

Assalamualaikum ..

Nak dipendekkan cerita minggu lepas kereta aku buat hal tak boleh start sebab alternatornya rosak. Alternator kalau problem memang kereta tak boleh start,melainkan jumper bateri kereta, baru boleh start.

Aku pun pergi ke satu bengkel kereta berdekatan rumah aku untuk tukar alternator, pomen tu pun ganti la dengan alternator yang baru. Lepas siap suma aku bayar RM300 sekali dengan upah pasang.Alternator harga RM280 upah pasang RM20.

Dua hari lepas tu masalah yang sama jadi balik masa aku nak balik dari opis,terpaksa la minta tolong kawan aku untuk jumper kereta aku, kemudian terus aku singgah kedai yang berdekatan dengan kawasan situ,pomen tu kata ada masalah dengan alternator, eh tak kan altenator? Baru dua hari lepas tukar baru tak kan cepat dia rosak.pomen tu kata barang recon memang macam tu, nasib-nasib je kalau dapat bertahan lama.

Nasib baiklah masih ada warranty 3 Bulan, aku terus bawa pergi bengkel yang aku tukar alternator untuk claim warranty. Sampai je terus aku cari pomen yang tukar alternator aku hari tu.

Antara perbualan aku dengan mekanik bengkel tu.

Aku : Bro cuba tengok kereta saya ni, alternator dia rosak la.

Lan : Aha la bang, alternator rosak.

Aku : ni ha warranty kamu tolong tukar yang baru ye.

Lan : Maaf bang alternator ni tak da warranty sebab yang jual barang ni bukan bengkel kami, ada cina tu yang supply.

Aku : eh! kan saya tuka dengan bengkel kamu, bengkel kamu la kena bertanggungjawab.

Lan : Tula bang saya pun serba salah ni. Bos saya memang tak bagi kita orang tuka kalau kes macam ni, sebab barang ni bukan barang bengkel kami.

Aku : yela… bos kamu la kena uruskan kalau jadi macam ni,

Lan : entah la bang saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Bos kami memang tak nak uruskan pasal ni.

Aku pun malas nak gaduh nak bising-bising kat bengkel tu,ikutkan hati dah melayang spanar. Dalam hati aku kata ,menyesal aku hantar kereta kat kedai kau ni. Aku pun amik keputusan buat aduan ke tribunal tuntutan pengguna. Siapa-siapa ada pengalaman dengan tribunal tuntutan pengguna boleh lah kongsi-kongsi ye ...

Wordless Wednesday #Cara Mendidik Anak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua


Ini yang terbaik untuk mendidik anak kecil.

Blogwalking CUTI SEKOLAH bersama Ayuinsyirah

Klik banner untuk join

Segmen tamat pada hari SABTU 7/6/2014 jam 11.00 malam

JOM KITA BLOGWALKING!

Segmen Blogwalking by Izzati Amira

Assalamualaikum w.b.t

[ tekan banner untuk join ]

Aktiviti : Happy Blogwalking

Pemenang.
1st & 2nd Top Referral : Washi Tape 1x ( sorang satu  atau sorang dua maybe?? heee. )
4x Random :  '19Capri' button badge 1x

Tamat : 17 Jun 2014

Selamat join !


Letih lah kalau macam ni

Memang rumah jadi kemas dan teratur, tapi letihlah kalau setiap kali nak guna kena angkat, tarik, sorong dan tolak, Haha. Bagi aku tak semua perabut sesuai buat macam tu, muda-muda larat la duk menolak narik dah tua nak berdiri tegak pun tak boleh. Huhu jom tengok idea kreatif ni.

GA mini Power Bank by Labyrinth


Power Bank ini amat mudah dibawa ke mana saja.
Anda boleh dapatkannya secara percuma dengan menyertai Giveaway mini by Labyrinth sahaja!
Jom sertai beramai-ramai.hehe
Klik banner untuk sertai.





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terbaru Mei - Jun 2014 :


Klik untuk join!






Klik untuk join!

Super Extravaganza Giveaway!



Tarikh Mula: 27 April 2014 - 6666 ape tu 6666? korang boleh klik banner untuk tahu.Hehe

RM150 khas untuk Top Referal apa lagi? jom rebut peluang ini just klik banner tu okayh !?

Hadiah menanti:

Cash RM150- Top Referall x 1pemenang
Personalize 2015 calendar with your picture & phrase - Random x 20 pemenang. 
Personalize bookmark with your picture & phrase - Random x 30 pemenang.





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terbaru Mei - Jun 2014 :


Klik untuk join !!







Klik untuk join !!

Segmen Blogging + Menang Hadiah!


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Giveaway Terbaru Mei - Jun :



Klik untuk join !




Klik untuk join !

PERTANDINGAN BLOGKU TERBAIK! BERSAMA TEAOAIS.COM


Assalamualaikum kepada semua blogger... :D

Hari ini blogku terpanggill untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh blog Teaoais.com
Bila nak dibandingkan blog Coffeelover ni dengan blog-blog yang lain memang jauhlah bezanya,blog Coffeelover ini tidaklah sehebat blog-blog yang lain terutamanya dari segi penulisannya, diakui, masih banyak yang harus dipelajari.

Blog aku ni memang sempoi-sempoi je..maklumat yang cuba dikongsikan tidaklah sukar untuk dihadam oleh akal fikiran..huhu tapi aku masih singgah dari blog ke blog dengan tujuan untuk mempelajari gaya penulisan mereka..bukan mencedok entri yer…!
Bila ditanya kenapa blog aku terbaik? Sebab..blog aku ni tak serabut dengan widget-widget yang berat-berat itu sahaja..hehe.

Selain itu aku jugak suka mencari kenalan yang sempoi-sempoi jugak. Jadi kepada para pembaca entri pertandingan Teaoais ni jangan lupa follow blog Coffeelover ye! Boleh la kita berkenal-kenalan. Hehe.

5 Jenis Sayuran berbentuk Organ dan baik untuk Kesihatan

Harini aku nak kongsi sikit hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan kita seharian. Tahukah kita bahasa setiap sayur dan buah yang ada di atas muka bumi ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri?? buah yang tumbuh selain atas muka bumi ni tolong jangan tanya aku.huhu.

Sayuran yang dicipta Allah swt mirip organ-organ dalaman manusia.Sebenarnya banyak lagi Sayuran dan buah-buahan yang mirip organ dalaman manusia dan mempunyai khasiatnya tersendiri.Ini antaranya sebagai sedikit perkongsian yang menakjubkan jom kita baca.

1. Tomato
Tomata kaya dengan LYCOPINE iaitu sejenis zat antioxidant yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan beberapa lagi barah yang lain.
Ada juga digunakan untuk kecantikkan pada muka yang boleh melicinkan dan mengurangkan minyak pada kulit.Warna dan bentuknya seperti jantung.


2.Lobak
Lobak berwarna oren disebabkan daripada bahan kimia dari tumbuhan yang di panggil BETACAROTENE. Mengikut kajian sains lobak membantu melindungi penglihatan terutama sekali pada waktu malam. Sepotong lobak kelihatan seperti mata


3.Brocoli
Jika di teliti bahagian atasnya kelihatan seperti ratusan sel canser. Ianya memainkan peranan penting mencegah penyakit. Antara khasiat lain untuk membina otot di telinga..hehe tak ada la sampai macam tu sekali, tapi kalau ditanya diet  abang-abang otot tu, broccoli la antara menu dietnya.


4.Kentang
Kelihatan seperti Pankreas. Ianya mempunyai GLYCEMIC INDEX yang rendah dimana memberi kebaikan untuk penyakit Kencing Manis dan juga dapat menguatkan pankreas dan megurangkan risiko kegagalan fungsi organ tersebut.


5.Halia
Kelihatan seperti perut. Digunakan untuk melegakan perut dan mengurangkan rasa tidak keselesaan perut. Baik untuk membuang angin dalam badan juga. Selain dari buat untuk masakan boleh juga dicampurkan ke dalam air minuman. Sama ada sedawa dan kentut cara melepaskan angin dalam badan.