Mayat bayi ditemui di dalam tandas masjid di Kangar


KANGAR - Mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai baharu dilahirkan ditemui di dalam tandas lelaki di Masjid Alwi di sini hari ini.Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, mayat dijumpai seorang jemaah masjid kira-kira pukul 7 pagi. Beliau berkata, tiada kesan darah pada mayat yang menunjukkan bayi itu dilahirkan di tempat lain tetapi diletakkan di situ.Mayat yang juga tidak dibaluti sebarang kain telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, Mohd. Sokri Hussin yang turut berada di tempat kejadian melahirkan rasa sedih dengan perkara tersebut dan meminta pihak yang terbabit agar tampil untuk bertanggungjawab. - BERNAMA

Tersentak, sedih dan pilu bila membaca berita mayat bayi ditinggalkan di dalam tandas masjid hari ni. Bagi 2013 sahaja,  terdapat 60 kes dilaporkan pada Ogos 2013 atau purata sebanyak 7.5 pembuangan bayi setahun. Itu belum di kira kes yang tidak di laporkan..kita berharap pihak berkuasa dan juga Pembangunan Wanita dan Keluarga mengambil serius isu ini.

3 comments: