Kebaikan dan Kesan Sampingan Jus Buah Delima


Pokok delima menghasilkan buah yang dipercayai mempunyai banyak khasiat. Pokok itu sendiri juga boleh digunakan untuk membuat beberapa jenis ubat-ubatan herba . Walau bagaimanapun , kebanyakkan nutrisi pokok delima terletak pada buahnya. Buah delima kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang boleh membantu melawan banyak penyakit, termasuk penyakit kanser tertentu.
Berikut adalah senarai yang khasiat buah delima :

1. Merendahkan keadaan penyakit jantung
Delima berkesan boleh menurunkan tekanan darah seseorang. Dengan pengambilan berterusan , risiko yang dikaitkan dengan kegagalan jantung , strok, iaitu pembentukan plak dalam arteri dapat dikurangkan .

2. Meningkatkan sistem imun
Jus buah delima boleh mengurangkan kandungan bakteria dalam badan dan dapat menguatkan badan.

3. Melindungi daripada osteoartritis
Dengan penggunaan yang berterusan, penyakit tulang dapat dihindari,menjadikan tulang dan sendi lebih kuat.

4. Melawan penyakit kencing manis
Delima adalah buah yang sesuai untuk pesakit kencing manis kerana ia boleh menurunkan kandungan gula dalam darah manakala menyingkirkan lemak dari saluran penghadaman.

5. Merendahkan kolesterol
Jus delima boleh mengurangkan risiko yang berkaitan dengan penyakit jantung kerana mempunyai antioksidan yang tinggi.

6. Mencegah kanser payudara
Enzim tertentu yang terdapat dalam buah delima boleh memusnahkan sel-sel yang menyebabkan kanser payudara. Ini menjadikan buah delima ini pilihan terbaik bagi wanita yang berisiko tinggi untuk melawan penyakit kanser.

Kesan-kesan sampingan Jus buah delima

Walaupun buah delima ini berkhasiat, terdapat beberapa kesan sampingan yang pengguna perlu berhati-hati.  Antaranya adalah:

1. Alahan
Sesetengah orang mengalami reaksi alahan. Orang-orang yang paling terjejas adalah mereka yang mengalami asma. Alahan kepada buah ini boleh menyebabkan loya, gatal mata, gatal anggota badan, sukar bernafas, dan muntah.

2. Mungkin bercanggah dengan ubat-ubatan tertentu
Walaupun buah delima memberi manfaat kepada badan, ia mungkin tidak untuk beberapa individu. Mereka yang mengambil ubat-ubatan untuk meningkatkan tekanan darah mereka akan mendapati buah ini berlawan dengan ubat-ubat mereka.

3. Tidak untuk pesakit yang telah melakukan  pembedahan atau yang akan menjalani pembedahan
Oleh kerana buah delima boleh membantu menurunkan tekanan darah, fungsinya boleh mengganggu individu yang akan menjalani pembedahan nanti. Pesakit dinasihatkan supaya tidak mengambil buah-buahan ini sekurang-kurangnya dua minggu sebelum dan selepas pembedahan.(sila dapatkan nasihat doktor)

4. Kerengsaan gastrousus
Selain daripada alahan, cirit-birit boleh berlaku apabila mengambil jus delima secara berlebihan. Pengguna harus memeriksa label pada botol jus delima, pastikan ia mengandungi ekstrak buah-buahan sahaja dan tidak campuran ekstrak akar. Jus dari akar biasanya menyebabkan masalah gastrousus.


Jika ada salah satu tanda kesan sampingan pada anda, berbincang dengan pembekal minuman kesihatan anda mengenainya. Atau lebih baik lagi, dapatkan pandangan doktor. 


2 comments:

  1. mcamana dgn pesakit hepatitis b kronik?boleh ke minum jus delima ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu puan. Semoga puan terus sihat.inshallah..

      Delete