Menu Untuk Hari Ini Bersama Coffee Lover

Terasa nak makan sesuatu yang lain pula hari ni..bila dah lapar teringat menu-menu sedap yang ada di jual di sekitar kawasan ni. Sudah lama tak merasa makanan traditional yang memperkenalkan nama Malaysia di pentas dunia..  Satay! Fuhh..dengan satay yang masih panas baru lepas dipanggang dicicah pula dengan kuah kacang tak lupa juga nasi impit, timun juga bawang..perghhh..terliur...



Okay sekarang menu apa yang nak di makan dah tahu. Tapi.. nak beli kat mana pula?? Maklumlah duduk perumahan dalam kawasan yang terkenal dengan satay sudah tentu banyak kedai yang menyediakan servis ni..

Ok let me share.. tak ramai yang tahu satay di kajang sekarang tak macam dulu..dulu orang asyik cari Satay Kajang Hj Samuri di pekan Kajang tapi tidak lagi sekarang..yang mana jauh dari pekan tu sudah tentu terasa berat untuk masuk ke pekan yang sesak dengan pelbagai kenderaan tu..lagi pun Satay Hj Samuri sudah ada banyak cawangan yang beroperasi sekitar Kajang, Lembah Klang, Putrajaya dan beberapa cawangan di Negeri Sembilan.


Antara satay- satay yang anda boleh try di sekitar kajang seperti berikut :


Satay Hj Samuri





Satay Willy




Satay UK




Satay Yus


ok bye nk pergi beli dulu. ape? pilihan aku yang mana?  mesti la yang tengah bakar tu..yang lain tak bakar lagi jenuh nak nunggu..kehkeh..


No comments:

Post a Comment