Khasiat Jus Buah Delima


Khasiat buah delima terbukti sebagai antioksidan yang paling baik, berbanding tomato, Vitamin E dan bebeapa sumber makanan lain buah delima kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin,niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Buah delima disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.Rujuk Asal Usul Buah Delima

Khasiat Jus buah delima dapat memberikan zat kepada badan serta menyegarkan badan dan ianya dapat dihadamkan dengan cepat kerana ianya bersifat ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Ianya juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit-birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Buah delima juga dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot.


Khasiat Jus buah delima dapat menghilangkan keletihan kerana pada bahagian kulit buah delima mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa jenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, manfaat dari rasa pahit tersebut dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia.Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik.

Dengan meminum  jus delima segelas setiap hari dapat membersihkan arteri dan melancarkan pengaliran darah. Jus delima boleh mencegah pengerasan arteri dengan mengurangkan kerosakan pada saluran darah, malah membalikkan perkembangan masalah ini. Sel manusia yang melapisi saluran darah yang terdedah kepada stress fizikal secara berlebihan, misalnya berlaku kepada tekanan darah tinggi, sel-sel yang dirawat dengan jus delima didapati kurang mengalami kerosakan akibat stress. Lagi Khasiat dan Kesan Sampingan

Jus itu merangsang penghasilan nitrit oksida, iaitu bahan kimia yang membantu bukaan arteri dan membiarkan darah mengalir. kesan jus delima ke atas pengerasan arteri adalah disebabkan oleh kandungan antioksidannya jauh lebih banyak daripada yang terkandung didalam jus – jus lain seperti beri biru, kranberi dan oren. Antioksidan diketahui boleh melawan radikal bebas di dalam tubuh yang menyumbang kepada penimbunan plak. -  Kajian Proceedings of The National Academy of Sciences (2005)


1 comment:

  1. ya..ifo yg bgus..buah delima kat mekah memang saiznya besar2 compare dkat malaysia..

    ReplyDelete