Cerita ini berkisarkan penerimaan manusia kepada Qada dan Qadar mereka. Memang tersentak sanubariku menonton filem arahan Faisal Ishak ni. Well Malaysia patutnya perbanyakkan filem sebegini supaya rakyatnya sentiasa sedar siapa kita diatas muka bumi ini.
Kita selalu mengeluh kenapa dugaan berat terjadi kepada kita...kenapa begitu?kenapa begini?..selepas itu kita berfikir mungkin ini balasan Allah atas dosa-dosa yang lalu..ye! mungkin! tapi bagi aku..Allah s.w.t itu amat sayang pada hamba-hambanya..setiap hari kita menyebut kalimah itu sebelum melakukan apa perkara sekali pun..iaitu Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang..dia menduga kerana di sayangkan hambanya..bukan untuk menghukum.
"Kita wajib belajar soal hukum tapi bukan menghukum"
Tweet
No comments:
Post a Comment