Review Blog Peserta Pencarian 50 Bloglist Coffeelover


Sesi review blog ke blog sedang dijalankan.
Criteria yang amat penting Blog Coffeelover tersenarai di bloglist anda hehe.
Jika CL tidak tersenarai di bloglist anda. Maaf anda tersingkir cuba lagi Kilauan Emas musim seterusnya. 

zass~

CL akan tinggalkan jejak untuk round yang pertama.
Round kedua CL akan singgah kembali dan tinggalkan jejak kepada blog yang berjaya menjadi bloglist CL :D

3....2....1...GO!

PENCARIAN 50 BLOGLIST COFFEELOVER


Assalamualaikum ..

CL sedang mencari rakan-rakan blogger untuk menjadi bloglist di dalam blog Coffeelover ini. Peluang terbuka kepada semua sama ada blogger otai masih berbisa ataupun yang baru. Pemilihan akan dibuat secara random.

Syaratnya Follow blog CL .. Wajib! nanti CL follow balik :D
Letak juga Blog CL sebagai bloglist anda.
Ok macam biasa buat entri bertajuk PENCARIAN 50 BLOGLIST COFFEELOVER.

Kemudian tampal banner dan linkkan ke entri ini. Siap semua letak link entri anda di ruangan comment di bawah yerr.. Mudah je kan?  
Segmen ini akan tamat pada 6 July 2014.


Selamat Berhujung Minggu.

Perjalanan ke Bali | Tempat-tempat menarik di Bali

Keindahan Bali tidak hanya terletak pada bentuk muka bumi dan alam semula jadinya, tetapi kaya dengan seni dan budaya yang sehingga kini dipertahankan meski menempuh arus pemodenan.
Benarlah kata orang, jauh berjalan luas pandangan. Sejujurnya pengembaraan ke kota penuh adat dan tradisi, Bali membawa pengertian baru tentang hidup. Ya, hidup ini begitu indah dan wajar dinikmati sepenuhnya.



Penerbangan ke Bali mengambil masa hampir 2 jam 55 minit secara puratanya. Jarak antara KLIA2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai sejauh 1,987 km, Di lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai itu pula baru sahaja siap diubahsuai pada awal tahun 2014 dan tampak lebih moden tapi masih mengekalkan ciri-ciri khas bermotifkan unsur budaya Bali.


Terdapat 4 syarikat penerbangan yang membuat penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Denpasar,Bali ; MAS AIRLINE – 4X SEHARI, AIR ASIA, MALINDO AIR dan GARUDA AIR untuk makluman terdapat 75 penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke Denpasar,Bali.

Antara tempat- tempat menarik di Bali






Jika anda ada lagi tempat menarik atau tips selain ini boleh juga dikongsikan bersama . .

Segmen Blogwalking & Bloglist by Aniesa Ahmad

klik banner untuk join

Segmen ini akan berlangsung selama 2 minggu dan tamat pada 20 Jun 2014. Semua peserta akan dimasukkan di dalam senarai bloglist selama dua bulan. Sekiranya penyertaan memberangsangkan, insyaallah akan ada hadiah untuk yang bertuah. 


Jangan lupa ajak kawan-kawan join. Syarat dia mudah je kan ~~ 


Comment Coffeelover :

Blog menarik kemas dan teratur :D itu je yang boleh di komen .. :)



Review Myvi 1.3 SE | KERETA IDAMAN

Myvi keluaran perodua ini telah mencatat penjualan tertinggi setakat ini yang kedua Proton Saga dan Perodua Viva. Myvi mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi oleh kerana reka bentuknya yang sporty dan luas di bahagian dalam.



Jika diberi pilihan antara Myvi 1.3 SE dan Myvi 1.5 SE sudah tentu yang menjadi pilihan adalah Myvi 1.5 SE kerana mempunyai kuasa yang lebih mantap. Tiada perbezaan yang ketara daripada luaran, namun antara perbezaan dalamannya adalah stering , audio dan kusyen



Kepuasan memandu Myvi 1.5 SE yang dapat dirasai ketika membuat pecutan bersama dengan penumpang,berbanding dengan Myvi 1.3 SE.



Harga yang ditawarkan bagi Myv 1.3 SE (M) solid RM 44,936.45 sehingga RM 47,936.45 bagi Myvi 1.3 SE (A) solid. Bagi Myvi 1.5 SE (M) solid RM 53,040.50  sehingga RM 56,040.50 bagi  Myvi 1.5 SE (A) solid.Mempunyai 6 warna pilihan yang menarik.



Cristiano Ronaldo disantau? | Mungkin tidak beraksi pada Piala Dunia



Biar betik ? Pemain kegemaran ramai ni kena santau ..
Aku rasa dah tiba masa khidmat BOMOH 1Malaysia digunakan ..Haha
Kalau betul la apa yang terjadi ni.. kurang seri la Piala Dunia 2014 kali ni

Jom baca selanjutnya apa sebenarnya dah terjadi dengan bintang Portugal ini.

OH Pegawai JPJ

Segmen Lepas Geram!

Assalamualaikum ..



Ha nak lepas geram pun kena  bagi salam jugak tau! 
Lebih kurang jam 2.30 petang tadi aku ke JPJ cawangan Bandar Baru Bangi 
situ jela cawangan JPJ yang paling dekat dengan kawasan aku, nak dikatakan dekat pun tak ada la dekat sangattt...

Tujuan aku kesana nak settlekan kompaun yang aku kena pada minggu lepas,aku tak nak tangguh-tangguh nanti jumlah dia meningkat tiap-tiap minggu .. 
elok-elok kena RM40 ,tak pasal-pasal kena bayar RM100 (Maksimum).
Ewah~ masa  samun saman bukan main laju, masa nak inspection ni pulak buat hal yerrr ...



Bengang weh ..dah la tak ada no giliran, dekat 2jam aku duduk kat situ menunggu tiba-tiba boleh dia kata ..

''encik balik dulu saya tak sempat buat inspection kenderaan encik untuk hari ini''

sambil dia pulangkan surat kompaun aku balik. cissss! Ucap maaf pun tidak,
ini la bahana kalau tak pakai sistem nombor giliran, aku dah agak dah ..
aku pun balik tak cakap apa pun ..
Tapi esok pagi  kena pergi juga tu , nasib baik esok free ..huhu

Bila sepasang kekasih berbicara


HAHA.! pecah perut bila baca sepasang kekasih ni bersembang, yeke perkara macam ni terjadi?
rasa macam nak cepuk je pasangan yang berkira macam tu,ini kes cemburu ke hape ni? haha.

Aku memang ada seorang member,sebijik perangai die macam budak kat atas ni, kadang makwe die tu kesian je kita tengok. Yela bende bukan salah pun cuma hal kecik diperbesarkan,kadang tu boleh tak tegur seminggu aku cakap kau! kes cuma tak angkat phone bila dia call, alahai..jemm aku!

haa! siapa yang pernah hadapi kes macam ni cer citer sikit,haha.


Anda patut baca :



Segmen Happy Blogwalking Together-gether By Miss Fatn

Klik banner untuk join

Jom sertai marathon blog ke blog hehe 4x4 boleh  2x4 boleh nak 100meter pun boleh..haha

Giveaway [3]: 1st Anniversary Yana & Dean



1 Jun 2013 ~ 1 Jun 2014 
Dengan ini Yana Pink Blossom melancarkan Giveaway [3] : 1st Anniversary Yana & Dean. Giveaway ni dianjurkan sempena menyambut genap setahun usia perkahwinan Yana & Dean. 


[ Klik Banner Untuk Join ]


SENARAI HADIAH :-

5 buah Al-Quran + DVD (Tafsir + Tajwid) x 5 pemenang (Random.org)
Cash RM20 x 1 pemenang (Top Referral)
Cash RM20 x 1 pemenang (Ucapan Paling Kreatif & Menarik)


UCAPAN UNTUK YANA & DEAN :-




*Nota : Semoga bloggerista semua sudi support GA ni dan mendoakan yang terbaik buat kami Yana & Dean. Semoga dengan doa-doa daripada kalian, impian Yana & Dean akan tercapai. Insyaallah.

Coffeelover ikhlas mendoakan puan Yana dan Encik Dean dimurahkan rezeki memiliki zuriat yang menjadi penyambung keturunan yang baik-baik, sentiasa dilindungi Allah S.W.T dan mendapat keberkatan hidup sejahtera dunia dan akhirat inshaallah ..




Segmen Blogwalking Di Bulan Jun By Miss BaNu



Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Segmen, so harap korang semua sudi join segmen simple ni hehehe.

Syarat2
1) Harap Korang boleh Follow Blog ini ..
2) Buat entry dan letakkan tajuk Segmen Blogwalking Di Bulan Jun By Miss BaNu.
3) Like My Fanpage Facebook Jika Sudi.. 

4) Tinggalkan link entry korang di ruangan komen di bawah ini.
5) Segmen ini bermula pada 4 Jun dan berakhir pada 15 Jun 2014.