Lone Survivor Review


Rasanya masih belum terlambat aku post entri ini. dua minggu lepas punya kisah lah ni..aku dapat jemputan daripada  seorang blogger, katanya tak ada siapa nak pergi dengan dia..dia pun ajak lah aku...Anda semua dah tonton? tengok kat GSC jugak syok! Ni macam manalah aku boleh lupa nak share, mungkin telalu syok layan movie ni, mungkin !


Movie ni memang gempak! Membaris pelakon-pelakon hebat! Filem mengisahkan satu pasukan US army yang ditugaskan untuk memburu ketua pengganas Taliban di Afghanistan. Mereka terpaksa bertempur dengan Taliban yang jumlahnya lebih ramai daripada mereka.Dalam pertempuran tu seorang demi seorang mati katak.yela! diaorang kafir mana ada shahid..hehe fuh sedih..yela kisah benar kot..tu yang sedih kalau rekaan mungkin perasaan kesian je yang mampu diluahkan.. Akhirnya hanya seorang yang terselamat dari pertempuran tu..macam mana boleh selamat??  itu yang korang kena tengok..rasanya dah tamat tayangannya..hehe..ok itu je nk share, lain kali aku review panjang sikit.

AlyaniMatshah first giveaway

BISMILLAHIROHMANIROHIM


buat pertama kalinya saya AlyaniMatshah nak buat giveaway sempena azam 2014 untuk kembali aktif dalam dunia blog ~

syarat2 penyertaan ialah :

1 : follow blog ini {link}
2 : Add G+ {link}
3 : klik link iklan ne {link}
4 : buat satu post entri yang bertajuk ' AlyaniMatshah first giveaway '
5 : letak link dan banner post ini dalam post entry anda.
6 : sila letak link post entry anda.. didalam ruang komen dibawah


setiap penyertaan... blog AlyaniMatshah akn follow anda kembali =)

mula 8 JANUARI 2014 hingga 31 JANUARI 2014

AlyaniMatshah mencari 3 post BERTUAH untuk di beri reload RM10 =)

Pencarian 50 Bloglist Mamaniza.com


Mamaniza sedang mencari 50 blog yang terpilih untuk disenarai pada blognya
Klik banner untuk baca lebih lanjut.

Good luck!

January-february Giveaway 2014 By Nina Shukri

Assalamualaikum

klik banner untuk join...

Akhirnya terlaksana pun giveaway pertama untuk tahun 2014 ni..hadiahnya simple je syaratnya pun simple. Pemilihan pemenang berdasarkan Miss Random and jangan lupa meriahkan January-February Giveaway 2014 By Nina Shukri..

Tag

Facebook

Wordless Wednesday


Asal Usul Buah Delima


Delima berasal dari Negara Iran dan telah membiak di daerah Mediterranean sejak dahulu lagi. Bangsa Moor adalah salah satu bangsa di zaman kuno sepanyol telah menamakan bandar mereka 'Granada' sempena nama buah ini.

Pokok buah delima ini juga banyak ditanam di daerah Cina Selatan dan juga Asia Tenggara. Oleh kerana asal pokok delima ini datangnya dari Timur Tengah, tumbuhan delima ini mula tersebar ke kawasan subtropika dan tropika ; kawasan beriklim panas dan beriklim sedang, melalui dataran-dataran rendah. Tumbuhan ini juga gemar membiak pada tanah gembur yang tidak banyak air atau sederhana.


Delima sering ditanam di kawasan kebun sebagai tanaman pagar dan tanaman ubat,kerana buahnya yang boleh dimakan. Bentuk pohon yang kecil dengan ketinggian 2-5 meter. Batang berkayu, ranting yang bersegi dan bercambah, lemah, berduri pada tangkai daunnya dan berbunga, berwarna coklat ketika masih muda, dan hijau gelap setelah tua.

Delima terkenal kerana mempunyai tiga jenis delima, delima putih, delima merah, dan delima ungu yang selalunya ditanam sebagai tanaman hiasan dan tanaman ubat. Buah delima boleh dimakan dalam ketika masih segar, sebagai campuran rojak buah, salad buah, jus atau sari buah. Untuk membuat jus delima sebaiknya minum dengan biji-bijinya sekali kerana di dalam biji kaya dengan polifenol. Lihat sini khasiat Jus Delima & Kesan sampingan Jus Buah Delima

Khasiat Jus Buah Delima


Khasiat buah delima terbukti sebagai antioksidan yang paling baik, berbanding tomato, Vitamin E dan bebeapa sumber makanan lain buah delima kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin,niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Buah delima disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.Rujuk Asal Usul Buah Delima

Khasiat Jus buah delima dapat memberikan zat kepada badan serta menyegarkan badan dan ianya dapat dihadamkan dengan cepat kerana ianya bersifat ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Ianya juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit-birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Buah delima juga dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot.


Khasiat Jus buah delima dapat menghilangkan keletihan kerana pada bahagian kulit buah delima mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa jenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, manfaat dari rasa pahit tersebut dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia.Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik.

Dengan meminum  jus delima segelas setiap hari dapat membersihkan arteri dan melancarkan pengaliran darah. Jus delima boleh mencegah pengerasan arteri dengan mengurangkan kerosakan pada saluran darah, malah membalikkan perkembangan masalah ini. Sel manusia yang melapisi saluran darah yang terdedah kepada stress fizikal secara berlebihan, misalnya berlaku kepada tekanan darah tinggi, sel-sel yang dirawat dengan jus delima didapati kurang mengalami kerosakan akibat stress. Lagi Khasiat dan Kesan Sampingan

Jus itu merangsang penghasilan nitrit oksida, iaitu bahan kimia yang membantu bukaan arteri dan membiarkan darah mengalir. kesan jus delima ke atas pengerasan arteri adalah disebabkan oleh kandungan antioksidannya jauh lebih banyak daripada yang terkandung didalam jus – jus lain seperti beri biru, kranberi dan oren. Antioksidan diketahui boleh melawan radikal bebas di dalam tubuh yang menyumbang kepada penimbunan plak. -  Kajian Proceedings of The National Academy of Sciences (2005)


Kebaikan dan Kesan Sampingan Jus Buah Delima


Pokok delima menghasilkan buah yang dipercayai mempunyai banyak khasiat. Pokok itu sendiri juga boleh digunakan untuk membuat beberapa jenis ubat-ubatan herba . Walau bagaimanapun , kebanyakkan nutrisi pokok delima terletak pada buahnya. Buah delima kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang boleh membantu melawan banyak penyakit, termasuk penyakit kanser tertentu.
Berikut adalah senarai yang khasiat buah delima :

1. Merendahkan keadaan penyakit jantung
Delima berkesan boleh menurunkan tekanan darah seseorang. Dengan pengambilan berterusan , risiko yang dikaitkan dengan kegagalan jantung , strok, iaitu pembentukan plak dalam arteri dapat dikurangkan .

2. Meningkatkan sistem imun
Jus buah delima boleh mengurangkan kandungan bakteria dalam badan dan dapat menguatkan badan.

3. Melindungi daripada osteoartritis
Dengan penggunaan yang berterusan, penyakit tulang dapat dihindari,menjadikan tulang dan sendi lebih kuat.

4. Melawan penyakit kencing manis
Delima adalah buah yang sesuai untuk pesakit kencing manis kerana ia boleh menurunkan kandungan gula dalam darah manakala menyingkirkan lemak dari saluran penghadaman.

5. Merendahkan kolesterol
Jus delima boleh mengurangkan risiko yang berkaitan dengan penyakit jantung kerana mempunyai antioksidan yang tinggi.

6. Mencegah kanser payudara
Enzim tertentu yang terdapat dalam buah delima boleh memusnahkan sel-sel yang menyebabkan kanser payudara. Ini menjadikan buah delima ini pilihan terbaik bagi wanita yang berisiko tinggi untuk melawan penyakit kanser.

Kesan-kesan sampingan Jus buah delima

Walaupun buah delima ini berkhasiat, terdapat beberapa kesan sampingan yang pengguna perlu berhati-hati.  Antaranya adalah:

1. Alahan
Sesetengah orang mengalami reaksi alahan. Orang-orang yang paling terjejas adalah mereka yang mengalami asma. Alahan kepada buah ini boleh menyebabkan loya, gatal mata, gatal anggota badan, sukar bernafas, dan muntah.

2. Mungkin bercanggah dengan ubat-ubatan tertentu
Walaupun buah delima memberi manfaat kepada badan, ia mungkin tidak untuk beberapa individu. Mereka yang mengambil ubat-ubatan untuk meningkatkan tekanan darah mereka akan mendapati buah ini berlawan dengan ubat-ubat mereka.

3. Tidak untuk pesakit yang telah melakukan  pembedahan atau yang akan menjalani pembedahan
Oleh kerana buah delima boleh membantu menurunkan tekanan darah, fungsinya boleh mengganggu individu yang akan menjalani pembedahan nanti. Pesakit dinasihatkan supaya tidak mengambil buah-buahan ini sekurang-kurangnya dua minggu sebelum dan selepas pembedahan.(sila dapatkan nasihat doktor)

4. Kerengsaan gastrousus
Selain daripada alahan, cirit-birit boleh berlaku apabila mengambil jus delima secara berlebihan. Pengguna harus memeriksa label pada botol jus delima, pastikan ia mengandungi ekstrak buah-buahan sahaja dan tidak campuran ekstrak akar. Jus dari akar biasanya menyebabkan masalah gastrousus.


Jika ada salah satu tanda kesan sampingan pada anda, berbincang dengan pembekal minuman kesihatan anda mengenainya. Atau lebih baik lagi, dapatkan pandangan doktor. 


Giveaway World Hijab Day by Cahaya Kekuatanku


Hijab adalah satu bentuk pakaian yang disyariatkan oleh agama Islam bagi kaum hawa. Dari pandanganku antara kepentingan berhijab dapat melindungi kaum hawa daripada perkara-perkara keji,

“Wahai para Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri kaum mukminin, supaya mereka menutup seluruh tubuh mereka. Demikian itu adalah untuk lebih dikenali, supaya mereka tidak diganggu“. (Al-Ahzab 59)


Hijab juga memberi ganjaran pahala pada kaum hawa kerana mentaati perintah Allah. Ini telah terbukti dalam Al-Quran dimana Allah S.W.T memerintahkan kaum hawa untuk menutup segala anggota badannya kecuali tapak tangan dan muka.

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya dan menutup kain tudung ke dadanya. Janganlah menunjukkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka, atau ayah suami mereka atau anak-anak mereka."
(QS. An-Nur : ayat 31)

Hadiah Idaman : Shawl untuk dihadiahkan kepada tunang :)

Adakah Filem PAKU Kisah Benar?


Siapa dah tengok Filem PAKU ?… Filem PAKU arahan P.Rameesh terbitan Nusantara Seni Karya, NSK ni membawa pelakon hebat Johan A'sari dan pendatang baru meningkat naik, Aishah Ilias selaku teraju utama.Mengisahkan Johan sebagai Fahmi yang kematian isterinya Aishah sebagai Riana yang terkorban dalam tragedi bangunan runtuh. Disebabkan Fahmi terlalu sayangkan isterinya beliau sanggup berusaha untuk menghidupkan isterinya kembali. 

Siapa yang belum sempat tonton filem ni, jom kita tonton trailler:


Cerita ni best tapi tak patutlah dia seru roh isteri dia tu..kesian isteri dia..duk ulang-ulang ayat tergantung antara dua alam..seriau aku dengar. Bila aku tengok cerita ni teringatkan satu lagi cerita kisah benar yang terjadi di negara jiran kita. Di Kg Toradja (Indonesia) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. 

Kejadian berlaku di sebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya si mati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kampung untuk mengurus mayat tersebut. fuh seram... Ape pendapat anda pula?.. hal-hal macam ni tak patut terjadi kan?

Menu Untuk Hari Ini Bersama Coffee Lover

Terasa nak makan sesuatu yang lain pula hari ni..bila dah lapar teringat menu-menu sedap yang ada di jual di sekitar kawasan ni. Sudah lama tak merasa makanan traditional yang memperkenalkan nama Malaysia di pentas dunia..  Satay! Fuhh..dengan satay yang masih panas baru lepas dipanggang dicicah pula dengan kuah kacang tak lupa juga nasi impit, timun juga bawang..perghhh..terliur...



Okay sekarang menu apa yang nak di makan dah tahu. Tapi.. nak beli kat mana pula?? Maklumlah duduk perumahan dalam kawasan yang terkenal dengan satay sudah tentu banyak kedai yang menyediakan servis ni..

Ok let me share.. tak ramai yang tahu satay di kajang sekarang tak macam dulu..dulu orang asyik cari Satay Kajang Hj Samuri di pekan Kajang tapi tidak lagi sekarang..yang mana jauh dari pekan tu sudah tentu terasa berat untuk masuk ke pekan yang sesak dengan pelbagai kenderaan tu..lagi pun Satay Hj Samuri sudah ada banyak cawangan yang beroperasi sekitar Kajang, Lembah Klang, Putrajaya dan beberapa cawangan di Negeri Sembilan.


Antara satay- satay yang anda boleh try di sekitar kajang seperti berikut :


Satay Hj Samuri





Satay Willy




Satay UK




Satay Yus


ok bye nk pergi beli dulu. ape? pilihan aku yang mana?  mesti la yang tengah bakar tu..yang lain tak bakar lagi jenuh nak nunggu..kehkeh..


Review Blog bersama Fara (PART1)

Syarat dia mudah saje. Senang. Simple dan seerti dengannya.
Klik banner utk join k? :)

Coffee Lover jemput para peserta follow blog ni ye..
Confirm Coffeelover follow balik 
pico !  

Mini Segmen Topup 48 Jam


Segmen Insyaallah tamat Jam 1 Tengahari 28 Januari.
Hadiah: Topup RM5 x2 (I sendiri sponser, mane la melambak hadiahnyer..)

Klik banner utk join.

Ohsem Giveaway by Munirah Rahman


Nak join klik banner 

1st Anniversary Giveaway by Madihah


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Terima kasih kepada sponsor :

  
Senarai Hadiah
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Bookmark felt-
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Hadiah misteri-
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Keychain nama sendiri -
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Set beauty -  GAMBAR
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Keychain -
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Topup RM10-
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Topup RM10 -
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Topup RM5 -
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Topup RM5-
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Topup RM5 -
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Topup RM5 -
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Topup RM5 - (New)
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Banner -
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Review blog -
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Header -
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif Transparent header -
http://i257.photobucket.com/albums/hh205/xoxojays/smilies/fairy/pic014demoji_666399decoojp.gif 1black mask dan brooch -



Kalau peserta melebihi 100 orang, saya akan tambah novel untuk seorang ^_^