Migrasi di Malaysia


KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Bercakap mengenai isu gelandangan, kota besar seperti Kuala Lumpur mungkin tiada bezanya dengan bandaraya utama lain yang dihimpit masalah itu. Ya atau tidak, ia adalah sisi negatif yang memperlihatkan kegagalan penghijrahan masyarakat dari luar bandar ke bandar. Adakah dengan pembangunan yang rancak, ada segelintir kelompok kecil masyarakat terpinggir? Mengakui hal itu, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr Siti Norlasiah Ismail berkata pengurusan penduduk dan penyediaan infrastuktur yang cekap perlu dilaksanakan bagi menampung kepadatan penduduk yang semakin meningkat, khususnya di kawasan bandar. "Penduduk yang padat sekaligus mengakibatkan tekanan kepada masyarakat jika persekitaran bandar semakin merosot. Impak negatif bukan hanya dari segi fizikal tetapi meningkatkan pelbagai penyakit sosial", katanya. Bercakap dalam program Ala Carte Pagi terbitan Bernama Radio24 baru-baru ini, Dr Siti Norlasiah berkata migrasi dalaman mahupun luaran perlu ditangani dengan bijak agar tidak merencatkan pembangunan dan komodenan baik kepada rakyat mahupun negara. "Kepadatan penduduk di Kuala Lumpur contohnya adalah melampau dengan peningkatan 100 peratus. Banjir kilat, miskin bandar antara kesan yang diterima warga kota ekoran kepadatan penduduk".

STATISTIK TERKINI
Corak dan tren migrasi di Malaysia bagi tempoh 2010-2011 adalah 2.5 peratus merangkumi 711,600 orang yang telah berhijrah ke bandar menunjukkan satu peningkatan sebanyak 181,2000 orang berbanding 530,400 antara 2009-2010. Selangor adalah negeri destinasi utama migrasi dengan mencatatkan 17,700 orang diikuti Pulau Pinang (8,800), Sarawak (5,500) dan Kelantan (3,200).

PERANAN KERAJAAN
Inisiatif dan usaha yang dilaksanakan kerajaan membantu menyediakan persekitaran yang seimbang kepada kepadatan penduduk di bandar-bandar besar. Bagaimanapun ia masih dilihat ''kurang'' berbanding keperluan masyarakat yang sentiasa meningkat dan mahukan keselesaan sebagai asas utama. "Keperluan air bersih, kemampuan memiliki rumah sendiri dan sistem saliran antara isu utama disebalik migrasi dan urbanisasi. Ia dilihat sebagai tekanan terutamanya kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertindak sebagai penyelaras", katanya. Sehubungan itu, Dr Siti Norlasiah mahu agensi-agensi yang berkaitan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta turut terlibat secara aktif dalam menguruskan migrasi.

MIGRASI DARI PERTANIAN KE PEJABAT
Generasi muda mula meninggalkan aktiviti pertanian dan perladangan yang menjadi lanskap utama di luar bandar bagi mencari suasana kerja lebih selesa di bandar. Bersempena Hari Penduduk Sedunia yang disambut pada 11 Julai setiap tahun, LPPKN menganjurkan Persidangan Kependudukan Antarabangsa dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) pada Isnin di universiti berkenaan. Antara lain persidangan itu bertujuan menganalisis aliran dan corak migrasi, kesan migrasi terhadap urbanisasi dan pembangunan serta bagi membentuk jaringan kerjasama di peringkat antarabangsa. Persidangan yang bertema ''migrasi, urbanisasi dan pembangunan'' itu turut mengkaji arah aliran migrasi, kesan migrasi terhadap pemodenan bandar dan mewujudkan kerjasama di peringkat antarabangsa.

-- BERNAMA

Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com


Assalamualaikum




Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai  beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang. 

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada  12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang 
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M  dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

Peminat astronomi berkumpul



TELOK KEMANG – Buat julung kalinya, Balai Cerap Telok Kemang mengambil bahagian dalam program Onesky :International Sidewalk Astronomy yang berlangsung serentak di beberapa negara di seluruh dunia, Jumaat lepas.

Pengurus Balai Cerap Telok Kemang, Ahmad Zaki Hamzah berkata, program itu merupakan satu program cerapan langit malam bersama dengan peminat astronomi dan orang ramai.

“Tujuan utamanya ialah bersama-sama berkongsi keindahan alam semesta yang dapat dilihat menerusi peralatan astronomi seperti teleskop dan binocular.

“Apa yang cuba dibawakan oleh program ini adalah sebagai gerakkan untuk menimbulkan pendidikan dalam kalangan masyarakat seluruh dunia bahawa walaupun kita dipisahkan oleh perbezaan agama, budaya, bangsa dan negara tetapi kita sebenarnya berkongsi satu langit yang sama,” katanya ketika ditemui di Balai Cerap Telok Kemang.

Program ini mendapat kerjasama daripada Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Ahmad Zaki berkata, istilah sidewalk astronomy ini sering digunakan dan program seumpama ini pernah dijalankan di beberapa organisasi falak dan astronomi tempatan.

“Namun untuk tahun ini, ia agak berbeza sedikit yang mana selain daripada kita hadir bersama dengan personaliti astronomi tempatan, kita juga digalakkan berkongsi foto-foto aktiviti menerusi laman-laman sosial seperti facebook, twitter, google dan instagram dengan menggunakan #onesky sebagai lencana pengenalannya.

“Sepanjang program yang bermula sejak jam 8 malam dan berakhir sekitar 4 pagi, banyak gambar yang dirakam dan seterusnya dikongsi di laman sosial ini,” katanya.

Ahmad Zaki berkata, Balai Cerap Telok Kemang adalah lokasi rasmi ataupun tuan rumah di peringkat Malaysia bagi perlaksanaan program ini.

“Namun di seluruh negara ada ramai lagi peminat astronomi turut melakukan aktiviti sama dan berkongsi gambar," katanya.

Ahmad Zaki berkata, orang ramai yang ingin melihat alam semesta boleh datang ke Balai Cerap Telok Kemang dan terlebih dahulu menghubungi pengurusan Klana Beach Resort Port Dickson untuk butiran lanjut.

“Balai Cerap Telok Kemang adalah satu-satunya balai cerap di negara ini yang dibuka kepada orang ramai setiap malam dan ia  terbuka kepada semua termasuklah masyarakat bukan Islam,” katanya.


Seramai 150 orang peminat astronomi termasuk pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) dan Universiti  Teknologi Malaysia (UTM) hadir menyertai dan menjayakan program Onesky: International Sidewalk Astronomy.