Beli Kereta Pertama

…Kali ni nak kongsi sikit pengalaman berurusan untuk beli kereta buat pertama kalinya dalam hidup aku..setelah bertahun-tahun menghabiskan masa menuntut ilmu bermula dari sekolah sehinggalah ke peringkat universiti, dah sampai masanya aku membina kehidupan sebagai seorang yang bekerjaya pula. Puihh.. :)

Entri kali ni khas untuk para graduan lepasan universiti yang ingin membeli kereta pertama. Aku cadangkan sebelum nak beli apa-apa kereta,seelok-eloknya singgah dulu showroom berdekatan tanya segala persoalan tentang kereta yang hendak di beli tu. Kalau boleh test drive lagi baik. Macam aku.. aku akan google dulu tengok review untuk dapatkan sedikit info berkenaan kereta yang hendak dibeli..contoh review boleh tengok kata sini Review Myvi 1.3 SE


Bila dah buat keputusan nak beli model yang mana..mula lah proses mencari Sales Advisor (SA) wakil jualan samada perodua atau proton dan lain-lain. Korang boleh bertanya dengan ahli keluarga ataupun rakan-rakan dengan siapa mereka membeli kereta dan apa yang mereka dapat. Korang kena bijak pastikan korang memilih SA yang tawarkan pelbagai barangan percuma. 



Bagi aku, kalau setakat anti slip mat,kotak tisu or pewangi kereta aku tak heran..yang menjadi pilihan aku adalah part bodykit or rebat yang berbaloi. SA yang bagus sentiasa menjawab pertanyaan kita tanpa rasa fed up. Tapi kita kena faham la jugak bukan kita seorang pelanggannya… 

ok entri seterusnya aku akan cerita pengalaman aku dalam proses pinjaman kereta mengunakan skim graduan.
Blogger Tricks

Review Blog Peserta Pencarian 50 Bloglist Coffeelover


Sesi review blog ke blog sedang dijalankan.
Criteria yang amat penting Blog Coffeelover tersenarai di bloglist anda hehe.
Jika CL tidak tersenarai di bloglist anda. Maaf anda tersingkir cuba lagi Kilauan Emas musim seterusnya. 

zass~

CL akan tinggalkan jejak untuk round yang pertama.
Round kedua CL akan singgah kembali dan tinggalkan jejak kepada blog yang berjaya menjadi bloglist CL :D

3....2....1...GO!

PENCARIAN 50 BLOGLIST COFFEELOVER


Assalamualaikum ..

CL sedang mencari rakan-rakan blogger untuk menjadi bloglist di dalam blog Coffeelover ini. Peluang terbuka kepada semua sama ada blogger otai masih berbisa ataupun yang baru. Pemilihan akan dibuat secara random.

Syaratnya Follow blog CL .. Wajib! nanti CL follow balik :D
Letak juga Blog CL sebagai bloglist anda.
Ok macam biasa buat entri bertajuk PENCARIAN 50 BLOGLIST COFFEELOVER.

Kemudian tampal banner dan linkkan ke entri ini. Siap semua letak link entri anda di ruangan comment di bawah yerr.. Mudah je kan?  
Segmen ini akan tamat pada 6 July 2014.


Selamat Berhujung Minggu.